Fenomena ibu tunggal yang ditinggal tanpa nafkah dan tiada mata
pencarian, anak yatim, warga emas terbiar, gadis terlanjur dan pembuangan bayi
telah menjadi sate tumpuan seluruh. Kumpulan ini menyumbang sebahagian besar
kepada masaalah juvana dan masaalah sosial.Perkembangan dunia sains dan
kehebatan teknologi menunjukkan proses pertumbuhan golongan ini wajar diberi
perhatian khususnya untuk meningkatkan taraf dan mum kehidupan mereka, daripada
fenomena ini maka banyaklah tertubuhnya badanbadan kebajikan diseluruh dunia
tidak ketinggalan juga di Malaysia.
Kanak-kanak terbiar akibat penceraian ibu bapa, keganasan,
penderaan, kecederaan fizikal dan mental, eksploitasi dadah, lari dari rumah,
remaja tidak bersekolah yang sering kita perhatikan penyebab utama masalah ini.
Ketiadaan tempat kediaman atau tempat tinggal yang tidak selesa dan terlalu
sempit juga menjadi penyebab berlakunya permasalahan ini. Cuba kita bayangkan
jika hal ini terjadi kepada kehidupan kanak-kanak ini yang masih kecil.
Bagaimana masa depan mereka, dan juga risiko terhadap Negara, Bangsa dan Agama
dan dari faktor-faktor inilah PERSATUAN KEBAJIKAN RUMAH PERLINDUNGAN TERATAK NUR INSAN KL
& SELANGOR (NURI) ditubuhkan.
NURI juga tidak terkecuali daripada tanggunggjawab menangani masalah
ini. Bagaimanapun pendidikan dan bimbingan perlu diterapkan seawal usia bagi
menghadapi isu ini penting agar kebajikan mereka yang kurang berkemampuan
mendapat perhatian yang sewajarnya demi menjauhi mereka terjerumus melakukan
aktiviti tidak sihat diawal usia. Maka atas dasar tanggungj awab terhadap
anak-anak yang tidak terarah akidah dan terabai kasih sayang serta kurang
pembiayaan untuk mendapat pendidikan akademik dan agama secara formal maka Ahli
Jawatankuasa bersetuju untuk membuka sebuah pusat perlindungan untuk anak-anak
yang dinamakan PUSAT JAGAAN NURI ( No. W 012/2009)
NURI telah didaftarkan dengan R.O.S dan mendapat kelulusan pada 8
September 2007 (WKL 1746-07). Walau bagaimana pun, aktiviti bermula November
2007 iaitu hanya lapan orang anak yatim dan anak fakir miskin yang tidak
berkemampuan dibiayai oleh NMC MANAGEMENT CONSULTANT SDN BHD buat sementara waktu kerana belum mempunyai dana
sendiri untuk menguruskan anak-anak tersebut. Pada Mei 2008 jumlah penghuni
bertambah kepada 15 orang dan pada tahun 2009 setelah mendapat kelulusan
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat jumlah penghuninya menjadi 30 orang iaitu
14 penghuni lelaki dan 16 penghuni perempuan.
NMC
MANAGEMENT CONSULTANT SDN BHD adalah Syarikat
kepunyaan Pengasas dan Presiden NURI iaitu. Puan Norpisah bt Hj Tahir ini
menjalankan perniagaan perkhidmatan perakaunan, setiausaha syarikat, cukai,
perunding latihan usahawan dan lain-lain perkhidmatan perniagaan. Setiap
syarikat yang mendapatkan perkhidmatan tersebut diatas melalui NMC, 5 peratus bayaran
kepada NMC akan disalurkan kerumah kebajikan tersebut. Konsep tersebut adalah
perkara utama yang diterapkan dan dijalankan dalam NURI bagi membolehkan NURI
menjalankan aktiviti sehingga sekarang, namun begitu syarikat ini merupakan
sebuah syarikat kecil maka pihak kami masih memerlukan bantuan kewangan dan
barang-barang kegunaan harian serta peralatan bagi menjalankan aktiviti untuk
anak-anak tersebut dengan lebih baik dan sempurna.









